Kunjungan anda ke laman sesawang kami amatlah di alu-alukan.
Kami di Alamo Katering menyediakan khidmat masakan dan katering untuk majlis-majlis keraian seperti jamuan petang dan jamuan malam.


Kami juga menyediakan pakej-pakej yang mengikut citarasa serta pasti memenuhi semua keperluan bajet para pelanggan kami.

Friday 14 December 2012

Pakej Perkahwinan di Restoran Alamo, Kelab Sultan Sulaiman

PAKEJ PERKAHWINAN 2012/2013 
 RESTORAN ALAMO, KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU


 
Majlis Perkahwinan sememangnya boleh menjadi satu majlis yang indah , bertema, gembira dan sempurna dengan bersama Alamo Restaurant & Catering. Ini kerana harga dan tempat yang disediakan adalah amat berbaloi dan sememangnya juga senang untuk dihias cantik utk hari persandingan anda. 

Restoran Alamo boleh memuatkan seramai 250 tetamu jemputan dalam satu masa, dan boleh memuatkan satu set meja hidangan pengantan untuk 10 orang dan juga boleh dimuatkan dengan pelamin sehingga size 3 panel. Jangan risau sekiranya jemputan tetamu anda adalah lebih dari 700 jemputan hingga 1000 jemputan kerana kami disini ada menyediakan perkhidmatan kanopi juga, so, boleh lah tambah kt pintu entrance restoran satu lagi, boleh letak 3-4 kanopi kt citu dan juga, Kelab Sultan Sulaiman dengan baik hati juga boleh menyewakan bilik Seminar dengan harga RM500.00 sahaja termasuk dengan PA System, kerusi & meja, dan berhawa dingin! 


Dalam pakej perkahwinan kali ini, ada 3 pakej yang boleh menjadi pilihan, pakej Seroja, Teratai dan juga Kekwa . ketiga-tiga pakej ini dengan 3 harga yang berbeza boleh dipilih mengikut citarasa anda.


Untuk melihat gambar-gambar majlis yang pernah kami kendalikan, boleh klik di sini


No comments:

Post a Comment